1 Huraikan perbezaan antara :
a) barang ekonomi dan barang percuma [3]
Barang ekonomi
- penawaran terhad
- Mempunyai harga
- Mempunyai kos lepas
- Contoh (1 ½ )
Barang percuma
- Penawaran tidak terhad
- Tidak mempunyai harga
- Tiada kos lepas
- Contoh ( 1 ½ )
b) barang persendirian dan barang awam [3]
Barang persendirian
- Barang yang dimiliki oleh seseorang individu
- Tidak boleh digunakan oleh pihak lain tanpa kebenaran
- Hanya individu yang mampu membayar boleh memilikinya
- Contoh (1 ½ )
Barang awam
- Barang yang biasanya disediakan oleh kerajaan
- Semua orang boleh menggunakannya
- Semua individu boleh menggunakanya samada mampu atau tidak
- Contoh (1 ½ )
2a) Apakah yang dimaksudkan denga n sistem ekonomi pasaran bebas? [2]
· Satu sistem ekonomi yang dijalankan tanpa campur tangan kerajaan ( ½ )
· Dikenali sebagai sistem kapitalis/ laissez faire ( ½ )
· Kerajaan tidak campurtangan dalam membuat keputusan ekonomi ( ½ )
· Semua keputusan ekonomi ditentukan oleh pihak swasta melalui mekanisme harga ( ½ )
b) Huraikan dengan ringkas ciri-ciri sistem ekonomi pasaran bebas [4]
· Keputusan ekonomi dibuat oleh pihak swasta. Kerajaan tidak campurtangan dalam ekonomi
· FaKtor pengeluaran dimiliki oleh individu
· Wujud persaingan dalam ekonomi
· Kebebasan untuk memiliki harta dan membuat keputusan ekonomi
Isi ( ½ )
Huraian ringkas ( ½ )
3 Apakah jenis keluk kemungkinan pengeluaran yang ada? Kenapa terdapat keluk kemungkinan pengeluaran yang berbeza? [6]
· KKP cembung ( ½ )
Lukis keluk ( ½ )
· KKP garis lurus ( ½ )
Lukis keluk ( ½ )
Sebab terdapat KKP berbeza
KKP cembung
- Terjadi kerana kos lepas meningkat (1)
- Barang kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan dengan jumlah yang semakin bertambah bagi setiap tambahan satu unit barang yang dikeluarkan ( ½ )
- Kos lepas semakin meningkat kerana faktor-faktor pengeluaran yang digunakan tidak sama cekap ( ½ )
KKP garis lurus
- Terjadi kerana kos lepas malar (1)
- Barang kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan dengan jumlah yang sama bagi setiap tambahan satu unit barang yang dikeluarkan ( ½ )
- Kos lepas malar kerana faktor-faktor pengeluaran yang digunakan sama cekap.( ½ )
wow cikgu..trima kaseh..senang nak study...hahaa
ReplyDeleteskolah k.j ada wat baju korporat cikgu..kita bila lagi?
assalamualaikum cikgu
ReplyDeletesaya minta kebenaran copy soalan dan jawapan di atas ya, terima kasih