Monday, 18 April 2011

Pasaran Monopoli- Latihan kuantitatif

STPM 2003

14 Sebuah monopoli yang membekalkan basikal mengamalkan diskriminasi harga dengan menjual outputnya di dua pasaran , iaitu pasaran A dan pasaran B. Maklumat tentang monopoli da pasaran adalah seperti berikut.

MCm = 50 + 2Q
MRa = 100 – 0.5Q
MRb = 70 – 2.5Q

Dengan

MCm = kos sut monopoli (RM)
MRa = hasil sut pasaran A(RM)
MRb = hasil sut pasaran B (RM)
Q= kuantiti basikal (unit)

a) Hitung hasil sut monopoli untk memaksimumkan untung [1]
b) Hitung kuantiti basikal yang dikeluarkan untuk memaksimumkan untung [2]
c) Berapakah kuantti basikal yang dijual di pasaran A dan pasaran B? [3]
d) Hitung jumlah hasil yang diperoleh daripada pasaran B [3]
e) Pasaran yang manakah yang kurang anjal permintaannya? [1]

Friday, 15 April 2011

Latihan - pasaran monopoli

STPM 2002
31a) Apakah yang dimaksudkan dengan monopoli [2]
b) Terangkan dua sebab monopoli kerajaan diperlukan dalam sesebuah negara [4]

Jawapan
a)  Monopoli adalah satu bentuk pasaran yang terdiri daripada pengeluar tunggal yang mengeluarkan barang yang tiada pengganti dan firma mempunyai kuasa untuk menentukan harga

b)  Sebab monopoli kerajaan diperlukan
i)   untuk mengeluarkan barang awam
ii)  untuk memenuhi kebajikan masyarakat
iii) saiz dan modal yang besar
iv) monopoli semulajadi sebab kos yang tinggi

STPM 2003
Terangkan mengapa kerajaan memiliknegarakan perkhidmatan pengangkutan kereta api tetapi tidak memiliknegarakan pengangkutan bas? [6]

jawapan
1. Sistem pengangkutan keretapi merupakan monopoli semulajadi yang menikmati industri kos menurun manakala pengangkutan bas bukan monopoli semulajadi
2.  Perkhidmatan pengangkutan keretapi memerlukan kos yang tinggi dan pelaburan yang besar manaakala perkhidmatan bas tidak memerlukan kos yang besar
3.  Perkhidmatan pengangkutan keretapi memberi pulangan yang rendah manakala pengangkutan bas memberi pulangan yang tinggi

Tuesday, 12 April 2011

soalan latihan- Pengenalan dan Keluk Kemungkinan Pengeluaran


1              Huraikan perbezaan antara :
                a)            barang ekonomi dan barang percuma                                                                    [3]
Barang ekonomi
-           penawaran terhad                
-          Mempunyai harga
-          Mempunyai kos lepas
-          Contoh                                         (1 ½ )
Barang percuma
-           Penawaran tidak terhad
-          Tidak mempunyai harga
-          Tiada kos lepas
-          Contoh                                         ( 1 ½ )

                b)            barang persendirian dan barang awam                                                                  [3]
                                Barang persendirian
-           Barang yang dimiliki oleh seseorang individu
-          Tidak boleh digunakan oleh pihak lain tanpa kebenaran
-          Hanya individu yang mampu membayar boleh memilikinya
-          Contoh                                         (1 ½ )
Barang awam
-           Barang yang biasanya disediakan oleh kerajaan
-          Semua orang boleh menggunakannya
-          Semua individu boleh menggunakanya samada mampu atau tidak
-          Contoh                                         (1 ½ )

2a)          Apakah yang dimaksudkan denga n sistem ekonomi pasaran bebas?                       [2]
·                     Satu sistem ekonomi yang dijalankan tanpa campur tangan kerajaan       ( ½ )
·                     Dikenali sebagai sistem kapitalis/ laissez faire      ( ½ )
·                     Kerajaan tidak campurtangan dalam membuat keputusan ekonomi         ( ½ )
·                     Semua keputusan ekonomi ditentukan oleh pihak swasta melalui mekanisme harga ( ½ )
  b)          Huraikan dengan ringkas ciri-ciri sistem ekonomi pasaran bebas                                 [4]
·                     Keputusan ekonomi dibuat oleh pihak swasta. Kerajaan tidak campurtangan dalam ekonomi
·                     FaKtor pengeluaran dimiliki oleh individu
·                     Wujud persaingan dalam ekonomi
·                     Kebebasan untuk memiliki harta dan membuat keputusan ekonomi

Isi            ( ½ )
Huraian ringkas                 ( ½ )
3              Apakah jenis keluk kemungkinan pengeluaran yang ada? Kenapa terdapat keluk kemungkinan  pengeluaran yang berbeza?                                                                                                             [6]
·                  KKP cembung    ( ½ )
                Lukis keluk          ( ½ )
·                  KKP garis lurus   ( ½ )
Lukis keluk          ( ½ )
                Sebab terdapat KKP berbeza
KKP cembung
-          Terjadi kerana kos lepas meningkat (1)
-          Barang kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan dengan jumlah yang semakin bertambah bagi setiap tambahan satu unit barang yang dikeluarkan              ( ½ )
-          Kos lepas semakin meningkat kerana faktor-faktor pengeluaran yang digunakan tidak sama cekap   ( ½ )
KKP garis lurus
-          Terjadi kerana kos lepas malar           (1)
-          Barang kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan dengan jumlah yang sama bagi setiap tambahan satu unit barang yang dikeluarkan              ( ½ )
-          Kos lepas malar kerana faktor-faktor pengeluaran yang digunakan sama cekap.( ½ )

Thursday, 17 March 2011

PERLANTIKAN GURU EKONOMI FASA 2

Akhirnya perlantikan guru ekonomi  Pn Zabedah bt Bakar sebagai guru akademik tingkatan 6 telah di terima. Tahniah diucapkan. Semoga dengan pelantikan ini akan memberi dorongan dan semangat bagi beliau untuk terus mempertingkatkan prestasi matapelajaran ekonomi peringkat STPM pada masa depan.

Saturday, 26 February 2011

Selamat Datang

Selamat Datang ke Blog Pra Universiti Tingkatan 6 , SMK Ibrahim Sungai Petani, Semoga segala maklumat yang diberi nanti dapat dikongsi untuk manafaat bersama